‘Monyet’ cemari perlawanan - Utusan Malaysia

‘Monyet’ cemari perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PODGORICA 26 Mac – Callum Hudson-Odoi menyifatkan sorakan ‘monyet’ daripada penyokong Montenegro tidak boleh ­diterima dan menyeru badan bola sepak Eropah, UEFA mengambil tindakan tegas terhadap insiden yang menimpa England dalam kempen kelayakan Euro 2020 hari ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate tidak berdepan ma­salah untuk menang 5-1 dalam aksi Kumpulan A, namun kemenangan dicemari cemuhan berbaur perkauman yang dilancarkan penonton di Stadium City ketika Raheem Sterling meraikan gol kelima Three Lions.

Dalam perlawanan itu, Danny Rose dilayangkan kad kuning kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan, dan wartawan yang berada di dalam stadium mendakwa, penghinaan penonton ditujukan kepada pertahanan Tottenham tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hudson-Odoi yang membuat penampilan pertama bersama England mengesahkan dia mendengar sorakan ‘monyet’ dari kawasan tempat duduk penonton.

“Diskriminasi kaum tidak seharusnya berlaku di mana-mana kerana kita semua adalah sama.

“Kami perlu bermain secara adil dan menikmati situasi semasa tetapi apabila anda mendengar penghinaan seperti ini, ia adalah tidak boleh diterima.

“Saya harap UEFA akan ambil tindakan terhadap perkara ini.

“Apabila kami ke kawasan penyokong, saya dan Rose terdengar mereka berkata ‘oohh ah ah’, bunyi monyet.

“Saya harap Rose dalam keadaan baik. Kami akan bercakap mengenai perkara ini tetapi dia adalah seorang yang kuat daripada segi mental.

“Raheem sentiasa membantu kami dengan berkata ‘jangan risau tentang perkara ini, kita bermain bola sepak, biarkan mereka bertindak begitu anda perlu kuat’,” katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi Marko Vesovic pada minit ke-18, namun England membalas dengan lima gol, sekali gus tidak menggembirakan penyokong mereka.

Ross Barkley meledak dua gol pada minit ke-39 dan 59 manakala Michael Keane, Sterling dan Harry Kane ma­sing-masing menambah satu gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini