Modul Giat Mara kini disemak - Utusan Malaysia

Modul Giat Mara kini disemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Modul pembelajaran dan pengajaran di Pusat Latihan GiatMara kini sedang disemak bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, modul tersebut akan ditambah baik dengan subjek dan kemahiran yang diperlukan berdasarkan keperluan semasa.

Katanya, langkah tersebut dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini bukan hanya melibatkan penambahan subjek modul, tetapi  kita akan lihat supaya  mengikut keperluan. Mungkin ada program yang saya nyatakan ini belum bersesuaian  atau perlu ditambah baik.

“Apabila mereka keluar nanti, kita nak melahirkan pelajar mengikut industri.

Ini antara pelaksanaan yang akan dilakukan supaya semua pihak dapat manfaatnya nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Anugerah Tahunan GiatMara 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini