PUTRAJAYA 30 Mac- Jabatan Imigresen akan memartabatkan Akademi Imigresen Malaysia dengan menaik taraf pelbagai modul latihan serta kursus berkepakaran tinggi seperti pemeriksaan dokumen yang diperakui dan teknologi forensik. Khairul Dzaimee Daud Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya secara konsisten berusaha untuk memperkasakan modal insan supaya semua pegawai dan kakitangan jabatan itu lebih kompeten dan serba boleh dalam pelbagai aspek. Beliau berkata, pegawai imigresen perlu bersedia memberikan mutu penyampaian…










