PADA ketika saingan Liga Perdana Inggeris berbaki sembilan perlawanan untuk ditamatkan, persaingan merebut kejuaraan antara Manchester City dan Liverpool menjadi tumpuan utama hujung minggu ini.
Kedua-dua pasukan tidak boleh melakukan kesilapan dalam baki saingan atau bakal dihukum kerana hanya dipisahkan dengan satu mata – kedudukan yang sangat rapuh buat pendahulu, City.
Reds akan menerima kunjungan pasukan tangga ke-16, Burnley di Anfield esok manakala City pula menanti lawan yang menghuni tangga kelapan, Watford di Etihad.

Pelbagai ramalan dibuat sama ada oleh penganalisis bola sepak, kaki pertaruhan, malah pakar ramalan terkenal, Nate Silver dari FiveThirtyEight yang pernah meramalkan keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Ramai yang melihat, peluang Reds akan lebih baik jika Mohamed Salah berjaya memperbaiki prestasi dan Virgil van Dijk terus menunjukkan aksi mantap di benteng.

Begitupun, City juga memiliki jentera serangan ampuh menerusi pemain seperti Leroy Sane, Sergio Aguero dan Raheem Sterling. – AGENSI











