ATHENS 8 Mac – Komposer terkenal kelahiran Greece, Mikis Theodorakis yang mengalami masalah jantung terpaksa bergantung kepada alat bantu khas untuk terus hidup. Perkembangan itu disahkan pihak hospital Iatriko Kentro menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. “Beliau kini ditempatkan di biliknya dan menerima rawatan seperti biasa,” kata pihak hospital berkenaan. Theodorakis, 93, dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu akibat penyakit jantung. Dalam kenyataan dikeluarkan awal minggu ini, pihak hospital yang sama mengesahkan komposer muzik bagi filem Zorba the Greek itu mengalami masalah pernafasan dan degupan jantung tidak normal.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya