BERWYN, Illinois – Seekor arnab baka agouti diiktiraf arnab paling tua di dunia oleh Guinness World Records apabila haiwan itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 9 Februari lalu. Menurut laman rasmi Guinness World Records, arnab jantan bernama Mick itu telah jauh melangkaui jangka hayat purata spesies tersebut dalam lingkungan lapan hingga 12 tahun. Penjaganya, Liz Rench menghidangkan kek buah untuk Mick bagi meraikan ulang tahun mamalia itu. Sebagai ‘warga…










