JOHOR BAHRU 30 Mac – Sebuah pesawat Malaysia Airlines tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti dijadualkan pukul 12 tengah hari ini disebabkan cuaca buruk. Pada mulanya, juruterbang memberitahu pesawat akan berlegar-legar di angkasa timur Kuala Lumpur tetapi kemudian memaklumkan pesawat diarah mendarat di Senai. Penerbangan MH2543 dari Kuching itu telah diarahkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini untuk mengisi minyak. Kelewatan penerbangan dijangka berlaku ekoran kejadian ini dan juruterbang memberitahu masih menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkuasa penerbangan. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya