KUALA LUMPUR – MGB Bhd. (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Bhd. melabur sebanyak RM40 juta bagi membangunkan kilang konkrit pra tuang sistem binaan berindustri (IBS) di Nilai, Negeri Sembilan. Kilang dengan keluasan 2.83 hektar itu akan menghasil, memasar, menjual dan memasang pelbagai komponen IBS seperti panel konkrit pratuang, panel dinding konkrit, papak, konkrit, lajur dan rasuk. Pengarah Urusan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, pelaburan yang dilaksanakan tersebut membuktikan komitmen syarikat untuk terus berkembang dalam pasaran IBS tempatan. “Ia turut disokong dengan promosi berterusan bagi menggalakkan penggunaan IBS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya