Messi kembali beraksi bersama Argentina - Utusan Malaysia

Messi kembali beraksi bersama Argentina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 22 Mac – Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengesahkan Lionel Messi akan diturunkan menentang Venezuel dalam aksi persahabatan, di Stadium Wanda Metropolitano, esok selepas penyerang Barcelona itu mengasingkan dirinya selama lapan bulan.

Scaloni berkata Messi akan diletakkan dalam barisan kesebelasan utama bersama pemain Inter Milan, Lautaro Martinez dan Gonzalo Martinez untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

“Saya berasa gembira begitu juga dengan orang lain apabila dia kembali beraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang, kami perlu memastikan pasukan dapat beraksi bersamanya dan memastikan dia memberikan yang terbaik. Kami semua berasa sangat gembira apabila dia sudah kembali.

“Kini, smua orang perlu memainkan peranan masing-masing supaya Argentina boleh kembali berada di kedudukan sebelum ini,” kata Scaloni yang menggantikan Jorge Sampaoli selepas La Albiceleste disingkir oleh Perancis di peringkat kalah mati Piala Dunia tahun lalu.

Messi terlepas enam perlawanan persahabatan sejak Piala Dunia di Rusia namun ramai percaya dia akan terus menjadi watak utama pasukan apabila Argenina bakal berlepas ke Brazil untuk menghadapi Copa America pada 14 Jun ini.

“Kami ada corak permainan tersendiri berdasarkan enam perlawanan sebelum ini. Kami tidak akan mengubahnya dan kehadiran Messi akan memberi nilai tambah kepada pasukan.

“Kami bermain dengan sistem yang berbeza dan kami akan mengekalkannya ditambah dengan kualiti yang dimiliki oleh Messi.

“Bagaimanapun, kami memerlukan rehat lebih-lebih lagi pemain utama dan berkepentingan untuk kelab mereka supaya kami boleh mencuba menjadi pasukan yang lebih hebat,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini