WARSAW 19 Mac – Satu perlawanan bola sepak di Poland mencuri tumpuan baru-baru ini kerana keadaan sebahagian penontonnya yang terpaksa bersempit menonton perlawanan itu dari dalam kawasan berpagar yang kelihatan seperti sangkar haiwan. Kira-kira 100 penyokong Hutnik Krakow hadir menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi menentang Spartakus Daleszyce dari dalam kawasan berpagar itu dari awal hingga akhir perlawanan. Berdasarkan peraturan bola sepak negara itu, penyokong pasukan pelawat perlu dipisahkan daripada penyokong pasukan tuan rumah untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan antara satu dengan lain. Akan tetapi, Spartakus Daleszyce dilihat sedikit keterlaluan kerana menempatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya