KUALA LUMPUR 7 Mac – Dua rakan menitiskan air mata selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan sengaja melanggar seorang anggota polis yang sedang bertugas sehingga cedera menggunakan sebuah kereta, bulan lalu. Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kamarudin Abdullah, 33, dan Mohamed Irfan Farid Wahid, 38, selepas kedua-duanya mengekalkan pengakuan bersalah mereka. Hari ini ditetapkan untuk bacaan fakta kes dan…










