IPOH 10 Mac – Pengendali Perak, Mehmed Durakovic gembira skuad The Bos Gaurus berjaya melakar kemenangan sulung dalam aksi Liga Super Malaysia 2019 apabila menundukkan PJ City FC 1-0 di Stadium Perak, malam tadi. Beliau berkata para pemainnya telah menunjukkan persembahan yang baik walaupun turun tanpa penyerang import dari Brazil, Gilmar Filho dan tonggak pertahanan, Amirul Azhan Aznan akibat kecederaan. “Secara keseluruhan para pemain menampilkan permainan yang baik walaupun kita kurang menyengat terutama dalam melancarkan serangan ke kubu lawan. “Bagaimanapun, tiga mata pada malam ini (semalam) amat penting untuk kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya