MDHS anjur pertandingan cipta logo - Utusan Malaysia

MDHS anjur pertandingan cipta logo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mac – Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo bertemakan ‘Hulu Selangor Bandar Rendah Karbon’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). MDHS dalam satu kenyataan yang dipetik melalui laman web rasminya memaklumkan, juara pertandingan berpeluang menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500 dan sijil penyertaan. “Pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua warganegara Malaysia sebelum pertandingan ditutup pada 1 April ini. “Penyertaan adalah percuma dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.mdhs.gov.my,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN