KUALA LUMPUR 7 Mac – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menempelak MCA yang bersungguh-sungguh menyerang kerajaan dan juga dirinya, tetapi bersikap sebaliknya terhadap ‘rakan’ mereka, UMNO dan Pas. Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang meminta Lim bertanggungjawab dan disiasat pihak berkuasa kerana kenyataannya berhubung kerjasama UMNO-Pas didakwa sebagai satu hasutan yang boleh membakar kebencian antara kaum dalam…










