SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 50 aduan berhubung insiden pokok tumbang di beberapa lokasi di bandaraya itu setakat pukul 7.15 malam tadi susulan hujan lebat lebih sejam pada petang tadi. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Unit Bencana Selangor sedang memantau keadaan semasa dan bersedia menyalurkan bantuan kecemasan. “Bilik Gerakan Pantas MBSA sentiasa memantau keadaan semasa,” katanya dalam catatan menerusi Facebook. Beliau turut menasihatkan orang awam…









