SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan diskaun 50 peratus sepanjang bulan ini kepada orang ramai yang mempunyai kompaun tertunggak. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penawaran kompaun menerusi kempen pengurangan kompaun itu untuk membantu dan menggalakkan orang ramai menyelesaikan kompaun mereka sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka. “Antara kompaun yang layak untuk mendapat pengurangan sehingga 50 peratus adalah kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya