KUALA LUMPUR 10 Mac – Orang ramai dijemput memeriahkan program ‘This Earth Hour #Connect2earth’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, 30 Mac ini.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan yang dipetik melalui laman web rasminya memaklumkan, program yang bermula pada pukul 6 petang itu menyediakan pelbagai program menarik antaranya kayuhan malam, pertandingan mewarna dan pameran inisiatif hijau.
“Pengunjung program turut berpeluang mendapat beg kitar semula secara percuma,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











