MELAKA – Mayat seorang lelaki dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam ditemui di sebuah ladang sawit di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang di sini semalam. Mayat Mohd. Fadzli Shariff, 38, ditemui oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap baju T lengan panjang serta seluar panjang. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 5.20 petang. “Pemeriksaan…










