KUALA LUMPUR – Felcra Bhd. (Felcra) menyifatkan tindakan Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Khairi Mahamor memarahi pekerja di sebuah ladang kelapa sawit di Pahang baru-baru ini seperti mana yang dapat dilihat menerusi sebuah video tular sebagai tiada isu. Pengerusi Felcra, Datuk Nageeb Wahab berkata, kejadian itu berlaku disebabkan Mohd. Khairi yang baru dilantik ke jawatan tersebut empat bulan lalu terlalu bersemangat menjalankan tugasnya dalam meningkatkan prestasi organisasi berkenaan. “Tiada perkataan tidak…










