KARACHI 25 Mac – Beratus orang berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada seorang mangsa serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang dikebumikan hari ini.
Syed Areeb Ahmad adalah salah seorang daripada sembilan rakyat Pakistan yang terbunuh dalam serangan pengganas kulit putih ketika komuniti Islam sedang bersedia untuk solat Jumaat pada 15 Mac lalu.
Jenazah yang diterbangkan ke bandar pelabuhan selatan Karachi itu telah dibawa ke rumah saudaranya sebelum dikebumikan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sangat menyakitkan untuk kami sekeluarga menunggu ‘kepulangan’ Syed Areeb,” katanya bapa saudara mangsa, Aleemullah Khan di sini hari ini. -AFP











