Mangsa hidu bahan kimia meningkat kepada 79 kes - Utusan Malaysia

Mangsa hidu bahan kimia meningkat kepada 79 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 9 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaporkan peningkatan laporan kes berkaitan mangsa yang dirawat akibat terhidu gas kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, dalam satu kejadian, kelmarin.

Sehingga pukul 9.30 malam tadi, sebanyak 79 kes telah dilaporkan, peningkatan 31 kes daripada sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, sehingga kini seramai 31 mangsa masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Enam daripada 31 mangsa itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kesemuanya dalam keadaan stabil.

“Mangsa yang dirawat di HSI membabitkan dua kanak-kanak, 15 pelajar sekolah dan 14 orang dewasa, ini termasuklah tiga petugas perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor 2019 di Taman Kota Masai, di sini sebentar tadi.

Dr. Sahruddin seterusnya turut menasihatkan masyarakat sekitar untuk mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti pening kepala, muntah, sakit tekak dan pedih mata. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini