PUTRAJAYA 21 Mac- Kementerian Dalam Negeri menegaskan, kerajaan tidak mengiktiraf sebarang pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan dan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan status kewarganegaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, individu yang mendapat kewarganegaraan negara asing sama ada melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan) boleh dilucutkan status kewarganegaraan di bawah Perkara 24 (1) Perlembagaan Persekutuan. Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia yang menuntut dan menggunakan suatu hak atau keistimewaan yang diberikan secara khusus kepada warganegara asing, seperti menggunakan hak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya