PUTRAJAYA 27 Mac – Malaysia terus mendesak Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang relevan untuk memelihara kedamaian, keamanan dan kestabilan di Semenanjung Gaza. Desakan itu dibuat ekoran tindakan rejim Zionis itu menggunakan kekerasan yang tidak adil sebagai tindak balas terhadap insiden keganasan di rantau tersebut baru-baru ini. Wisma Putra dalam kenyataannya memberitahu, sebarang provokasi dan ancaman akan menghalang usaha untuk mencapai keamanan di kawasan tersebut.…










