KUALA LUMPUR 30 Mac – Satu usaha khusus perlu dilakukan kerajaan untuk mempertahankan hak milik makanan tradisional selepas melihat keghairahan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia melakukan tuntutan kononnya mereka adalah pemilik sebenar kebanyakan makanan tradisional negara. Hal itu dapat dilihat menerusi tindakan Singapura yang mempertahankan tindakan mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) berhubung makanan jalanan mereka semalam. Pegawai Kanan Lembaga Warisan Kebangsaan Singapura, Yeo…










