TAIPING 30 Mac – Seorang majikan warga Bangladesh dan dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ditahan kerana dipercayai bersekongkol untuk memeras seorang pekerja asing Rabu lalu. Tiga suspek itu ditahan antara pukul 7 petang dan 10 malam hari yang sama kerana disyaki memperdaya seorang lelaki warga Bangladesh. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa berada berhampiran Pasar Simpang, Taiping apabila didatangi dua lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta pasport. Menurutnya, setelah mangsa memberitahu pasportnya berada dalam simpanan majikan, dia dibawa ke Ipoh dan seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya