Mahu nasib pekebun kecil dibela - Agong - Utusan Malaysia

Mahu nasib pekebun kecil dibela – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Mac – Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah mahu nasib pekebun kecil diberikan perhatian bagi memastikan mereka tidak terjejas akibat kejatuhan harga komoditi.

Seri Paduka bertitah, kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah bagi meringankan bebas para pekebun kecil termasuk mempergiatkan penyelidikan dan pemasaran industri agrikomoditi.

“Langkah akan turut dibuat dengan menerokai pasaran baharu serta bekerjasama dengan negara-negara lain supaya dapat menstabilkan harga komoditi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pekebun kecil juga disarankan mempelbagaikan tanamanan dan menerokai tanaman-tanaman lain bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi,” titahnya ketika menyampaikan Titah Diraja di Parlimen hari ini.

Seri Paduka juga mahu langkah-langkah strategik diambil untuk menangani halangan terhadap minyak sawit negara oleh Eropah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini