KUALA LUMPUR 6 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad untuk membatalkan penyataan pembelaan Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin. Penyataan pembelaan itu adalah berkaitan saman Khalid terhadap Wan Asshima dikemukakan pada 13 September tahun lalu berhubung tindakan wanita itu yang merakam, memuat naik dan/atau menerbitkan sebuah video yang mengandungi kata-kata fitnah terhadapnya. Hakim Datuk Nik Hasmat Nik…










