KUALA LUMPUR 18 Mac – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 April ini untuk pengurusan kes bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Roger Ng yang didakwa empat tuduhan bersubahat dengan bank pelaburan itu untuk meninggalkan fakta material dan membuat penyataan tidak benar dalam nota 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM6.5 bilion. Hakim Hasbullah Adam menetapkan tarikh berkenaan bagi pihak pendakwaan memaklumkan perkembangan status dokumen yang akan diserahkan kepada pembelaan kelak. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir memaklumkan bahawa hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen bagaimanapun buat masa ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya