Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib halang media, orang awam bicara merit kes - Utusan Malaysia

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Najib halang media, orang awam bicara merit kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mac – Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan perintah larangan menghalang media dan orang ramai membicarakan merit kes jenayah yang dihadapinya.

Kes jenayah itu membabitkan tujuh tuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Najib untuk mendapatkan beberapa dokumen mengenai kes itu dan rayuan mengenai sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu berhubung pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes berkenaan.

Keputusan tersebut diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zabariah Mohd. Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini