KUALA LUMPUR 17 Mac – Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang dijangka beroperasi pada Mei ini mempunyai kuasa menyita harta lelaki yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setakat ini pengoperasian mahkamah tersebut berada di peringkat penilaian terakhir dengan satu kertas Kabinet dijadual dibentangkan bulan depan. Jelas Mujahid, pihaknya telah mendapatkan maklumat dan pandangan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan dalam melengkapkan kajian terhadap pengoperasian tersebut. “Kertas Kabinet ini antara lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya