MANILA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memberi jaminan kepada rakan sejawatnya Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengenai komitmen Malaysia untuk membantu pembangunan di Mindanao. Dalam sidang akhbar bersamanya dengan Presiden Filipina itu selepas pertemuan dua hala mereka di Istana Malacanang di sini hari ini, Mahathir berkata, Mindanao yang mempunyai potensi ekonomi yang besar yang boleh dimajukan dengan kewujudan Wilayah Autonomi Islam Mindanao Bangsamoro (BARMM), akan membantu meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara. “Justeru, saya memberi jaminan kepada Presiden Duterte akan keinginan Malaysia untuk terus membantu dalam pembangunan Mindanao. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya