KUANTAN – Sebuah lori tangki yang membawa muatan penuh minyak petrol terbakar di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke Timur berhampiran Lentang, hari ini. Menurut kenyataan pemegang konsesi KLK, Anih Berhad, kejadian pada pukul 5.15 petang itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih tujuh kilometer bermula dari Kilometer 44.5 hingga 51.4 berikutan kesemua lorong terpaksa ditutup bagi memudahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan kerja pemadaman api. “Laluan kembali dibuka secara berperingkat pada pukul 6.30 petang tadi selepas operasi pemadaman selesai dilakukan sepenuhnya oleh bomba,” menurut kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya