KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bakal didakwa di mahkamah esok berhubung insiden melibatkan beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Pantai Dalam di sini minggu lalu. Difahamkan, beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada pukul 9 pagi esok. Selain beliau, tiga lagi individu turut akan didakwa dan salah seorang daripadanya ialah Ketua UMNO Bahagian Petaling…










