Lokasi utama tempat pembuangan sudah dibersihkan - Utusan Malaysia

Lokasi utama tempat pembuangan sudah dibersihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 9 Mac – Lokasi utama yang dipercayai menjadi tempat pembuangan sisa toksid di Sungai Kim Kim di sini sehingga menyebabkan dua buah sekolah terpaksa ditutup sudah dibersihkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, namun kerja pembersihan sisa-sisa di sepanjang jarak 1.3 kilometer akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi, semua agensi terlibat telah dimaklumkan dan kerja pembersihan sisa-sisa buangan toksik akan dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lokasi utama pembuangan sisa toksik telah dibersihkan, manakala pembersihan sisa-sisa di sepanjang 1.3 kilometer dari lokasi pembuangan sehingga ke hilir sungai akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor 2019 di Taman Kota Masai, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, kontraktor pembersihan yang dilantik merupakan pihak yang biasa mengendalikan sisa bahan kimia berjadual. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini