Liverpool alih fokus hadapi Fulham - Utusan Malaysia

Liverpool alih fokus hadapi Fulham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Mac – Masih segar dengan kemenangan dalam kempen Liga Juara-Juara, Liverpool boleh meneruskan kecemerlangan mereka dalam memburu tempat teratas Liga Perdana

Inggeris (EPL) apabila bertemu Fulham di Craven Cottage, esok.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya menewaskan Bayern Munich 3-1 dalam aksi kalah mati kejohanan berprestij di Eropah itu dan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke

Memuatkan artikel berkaitan…

peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara selepas diundi bertemu Porto di suku akhir.

Bagaimanapun, The Reds perlu mengalihkan tumpuan mereka dengan segera untuk menghadapi Fulham kerana mereka mahu memburu kejuaraan EPL buat kali pertama dalam tempoh 29

tahun.

Liverpool berada di tangga kedua ketinggalan satu mata di belakang Manchester City dengan lapan baki perlawanan namun skuad The Citizens akan beraksi dalam perlawanan

Piala FA sekali gus membolehkan The Reds menambah tekanan kepada pasukan bimbingan Pep Guardiola.

“Kami boleh kalahkan Bayern dan bagaimana kami melakukannya saya tidak teruja namun saya gembira kerana kami boleh membuktikan sesuatu seperti itu.

“Sekarang, aksi yang sangat berbeza menentang Fulham dan saya tidak memikirkan apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Klopp.

Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menunjukkan aksi memberangsangan di Munich manakala Sadio Mane meledak dua gol dalam aksi tersebut membolehkannya meledak 10 gol

dalam 10 perlawanan terakhir.

Aksi terbaik Mane hadir pada masa yang tepat apabila penjaring terbanyak, Mohamed Salah hanya menjaringkan satu gol daripada sembilan perlawanan terakhirnya manakala Roberto Firmino dua gol daripada lapan aksi.

“Bagus apabila kita mengagihkan jumlah jaringan. Kami sudah mengumpul 763 mata dan setiap gol membolehkan kami menduduki tempat yang lebih baik,” kata Klopp.

Situasi berbeza yang dihadapi Fulham kerana mereka terdesak mencari kemenangan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Selepas memecat dua pengurus pada musim ini, Scott Parker yang mengambil alih dua perlawanan pertamanya menentang Chelsea dan Leicester turut berkesudahan dengan kekalahan menyebabkan mereka ketinggalan 13 mata untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Bagaimanapun, Parker percaya pasukannya mampu mencipta kejutan terhadap Liverpool yang memburu kejuaraan EPL.

“Diharapkan kami mampu mempengaruhi perebutan EPL. Kami ada pemain yang bagus dan kami perlu bermula dengan baik. Mereka ada peluang untuk membuktikan betapa bagusnya mereka. Jika kami bermain seperti yang dirancang, kami boleh membuat kejutan dan mendapatkan mata,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini