LANGKAWI – Industri aeroangkasa Malaysia telah menarik pelaburan bernilai RM9.01 bilion bagi tempoh enam tahun lepas, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lokman Hakim. Beliau berkata, sebanyak 50 projek diluluskan bagi industri itu dalam tempoh berkenaan. “Pada 2018 sahaja, ia menarik 11 projek dengan pelaburan diluluskan bernilai RM816.3 juta dengan 41 peratus datang daripada sumber asing,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Industri Aeroangkasa di sini hari ini.…










