KUALA LUMPUR 29 Mac – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan tiada serbuan dibuat ke atas agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). LHDN dalam kenyataan memaklumkan, sebaliknya kehadiran pihak SPRM ke pejabat LHDN di Jalan Raja Chulan, di sini adalah bagi mendapatkan bantuan pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan mereka. “Tiada serbuan seperti yang dilaporkan, sebaliknya kehadiran SPRM adalah untuk mendapatkan bantuan dalam proses melengkapkan kertas siasatan. “LHDN…










