KUALA LUMPUR 31 Mac – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dialu-alukan ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk IPT di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor. Karnival yang bermula semalam dan tamat pada pukul 5 petang ini bertujuan memberi maklumat kepada pelajar lepasan SPM untuk memilih bidang pengajian mengikut kelayakan akademik mereka. Pengunjung yang ingin mendapatkan maklumat pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan institusi pengajian lain boleh berpeluang bertemu duta promosi universiti berkenaan yang berada di karnival sehingga program berakhir. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya