Lelongan amal pada Majlis Makan Malam LIMA 2019 - Utusan Malaysia

Lelongan amal pada Majlis Makan Malam LIMA 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Satu acara lelongan amal bakal berlangsung pada majlis Makan Malam Gala Amal 2019 bersempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) ke-15 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, 29 Mac ini.

Acara itu bertujuan mengutip dana yang mana hasil daripada jualan dan lelongan tersebut akan disalurkan kepada Pertubuhan Kasih Kedah (Kasih Kedah).

Isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Norzieta Zakaria selaku ketua badan kebajikan itu berkata, pengumpulan dana itu bertujuan untuk membantu masyarakat setempat yang kurang bernasib baik dalam bidang pendidikan, perumahan, perubatan dan aktiviti lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Kasih Kedah yang diperbadankan awal tahun ini bergerak seiring dengan objektif iaitu menjalankan aktiviti kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik di negeri jelapang padi itu.

“Ini adalah hasrat kami untuk kembali menyumbang kepada rakyat melalui aktiviti dan program yang dapat memberikan manfaat kepada mereka,” katanya pada sidang media acara berkenaan baru-baru ini.

Majlis Makan Malam Gala Amal 2019 itu akan dihadiri barisan tetamu seperti pemain industri, pembuat dasar, pegawai kanan kerajaan, ketua industri terkemuka dan personaliti antarabangsa.

Sementara itu Menteri Besar Kedah yang juga penaung pertubuhan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri menyokong usaha mulia Pertubuhan Kasih Kedah menganjurkan acara kebajikan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Majlis itu akan dihiburkan oleh artis terkemuka Datuk Sheila Majid, Harvey Malaiholo, Anuar Zain dan Marcell Siahaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini