BAITULMUQADDIS 21 Mac – Seorang lelaki Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di Tebing Barat, lewat malam semalam. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mangsa, Ahmed Manasara, 26, ditembak berdekatan pos pemeriksaan Bethlehem. Sementara itu, rejim Zionis berkata terpaksa melepaskan tembakan selepas kenderaan yang dinaiki mereka didakwa dibaling dengan batu. – AFP









