KUALA LUMPUR 14 Mac – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Prima Kepong, di sini hari ini.
Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Prima Kepong, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada orang awam pada pukul 6.37 petang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia lewat 20-an dan tinggal di Jinjang Utara. Mengikut maklumat orang awam, dipercayai mangsa terjun daripada tingkat lapan bangunan tersebut.
“Kita telah menghubungi keluarga mangsa dan mayat dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











