MARAN 10 Mac – Seorang lelaki yang sedang memotong pelepah kelapa sawit maut selepas terkena sabit yang terjatuh di ladang Jengka 4 di sini semalam. Mangsa, Abdul Razak Said, 47, mengalami pendarahan yang teruk selepas kaki kanannya terkena sabit kelapa sawit berkenaan. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden, Norzamri Abd. Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya sedang memotong pelepah kelapa sawit di ladang…










