Lelaki ditemui mati dalam kolam simpanan dilapor hilang sejak Julai 2018 - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui mati dalam kolam simpanan dilapor hilang sejak Julai 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL – Polis mengesahkan satu mayat lelaki berusia 22 tahun ditemui dalam kolam agihan air Palong 14 dekat sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, lelaki beralamat di Desa Keratong itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 10 Julai tahun lalu.

Menurut beliau, mayat itu ditemui pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) yang melawat kolam tersebut untuk melihat dan menyukat air dalam kolam agihan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan terakhir ke atas kolam itu Februari lalu, tetapi pihak Sains tidak melihat ke dalam kolam agihan tersebut. Kali terakhir kerja mencuci kolam itu pada 16 Oktober 2018.

“Jumlah takungan air bersih adalah 800,000 galon,” katanya dalam satu kenyataan media di sini malam ini.

Kosmo! hari ini melaporkan bekalan air bersih ke kawasan Palong 12 hingga 16 dekat Jempol terpaksa ditutup sementara sejak semalam disebabkan penemuan mayat lelaki tersebut.

Ketua Bahagian Perhubungan Sains, Norzita Ismail dipetik berkata, pihaknya perlu membersihkan kolam penyimpanan air bersih tersebut sebelum air dapat dibekalkan semula kepada pengguna.

Muhd. Nur Hishamuddin seterusnya berkata, anggota unit skuba bomba memasuki kolam agihan air itu pada pukul 1.18 petang tadi dan berjaya mengeluarkan bahagian pinggang hingga kaki mangsa pada pukul 1.40 petang.

Kata beliau, manakala bahagian cebisan mangsa dikeluarkan dari kolam itu pada pukul 2 petang sebelum operasi dihentikan sementara bagi tujuan pembuangan air dalam kolam agihan tersebut.

“Pada pukul 6.10 petang, beberapa bahagian lain seperti tengkorak dan rahang serta beberapa tulang dikeluarkan. Hasil pemeriksaan pada mayat menemui dompet jenama Levi’s mengandungi kad pengenalan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini