KUALA LUMPUR 14 Mac – Pengeluar kamera berprestij, Leica hari ini melancarkan model terbaharu Leica Q2 yang dilengkapi sensor beresolusi 47.3 megapiksel. Model generasi kedua kamera mirrorless kompak berbingkai penuh daripada siri Q ini dilengkapi keupayaan autofokus dengan teknologi viewfinder elektronik (OLED EVF). Dipadankan dengan lensa Summilux 28mm f1.7 ASPH, kamera ini mampu merakamkan gambar berkualiti tinggi dengan rakaman video 4K. Kamera buatan Jerman dengan kepantasan rakaman 10 rakaman gambar sesaat (fps) ini boleh didapati di butik Leica pada harga RM22,350. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya