KOTA BHARU 30 Mac – Kerajaan Pas Kelantan diminta menimbangkan cadangan agar pembinaan bangunan baharu di negeri ini disyaratkan mempunyai ciri-ciri kesenian Melayu, bukannya bercirikan Timur Tengah semata-mata. Pengarah Akademi Nik Rashiddin, Rosnawati Othman berkata, usaha untuk mempertahan kesenian dan budaya khususnya di negeri ini yang dikenali dengan kota budaya adalah penting supaya identiti warisan lama tidak hilang. Beliau berkata, syarat sedemikian bukan bermaksud menolak sepenuhnya elemen seni bina lain seperti dari Timur Tengah tetapi ia sepatutnya diseimbangkan kerana orang Melayu juga mempunyai kepakaran seni bina asal sendiri. “Dahulu apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya