Lebih 3.2 juta permohonan BSH direkodkan - Utusan Malaysia

Lebih 3.2 juta permohonan BSH direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Lebih 3.2 juta permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) direkodkan sehingga semalam, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, ia merangkumi 530,000 permohonan baharu serta 2.67 juta permohonan pengemaskinian data.

“Jumlah ini akan terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data kini masih sedang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dijangka mencecah empat juta permohonan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan jumlah pendaftaran baharu dan pengemaskinian BSH.

Guan Eng berkata, bagi mengurangkan ketirisan dalam mengendalikan BSH, maklumat yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi kerajaan bagi menentukan kelayakan setiap permohonan.

Beliau berkata, tiga agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut dilibatkan menjadikan keseluruhan 16 agensi terlibat dalam memastikan mereka yang benar-benar layak, menerima bantuan.

“Ini juga bagi menangani kesilapan kemasukan dan pengecualian,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini