Larang jual minuman keras - Utusan Malaysia

Larang jual minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PENGUMUMAN
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) sepatutnya dipuji.

Ini kerana prinsip demi menjaga imej sebagai seorang Muslim sejati yang tidak mahu bersubahat dengan apa yang dilarang oleh agama seperti penjualan minuman keras di kelab SIGC itu.

Walaupun di dalam peraturan dan undang-undang SIGC membenarkan dan telah pun menjual minuman arak di situ sejak ia dibuka lebih 60 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun atas kesedaran untuk menjaga kesucian Islam agar tidak tercemar kerana dikatakan SIGC terlalu hampir dengan kawasan perumahan majoritinya umat Islam yang tinggal di situ, maka sewajarnya penjualan arak dilarang.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang beriman sesungguhnya meminum khamar (arak) berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan syaitan maka jauhilah (perbuatan) itu agar kamu berjaya” (Al-Maidah:90)

Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda; “10 golongan yang akan dilaknati Allah SWT iaitu orang yang memerah, meminta diperah arak, minum, membawa dan menghantarkan, menuang, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta meminta dibelikan minuman itu”.

Agama lain pun melarang meminum arak kerana dengan perbuatan meminum minuman keras akan menyebabakan seseorang itu mabuk dan apabila mabuk sudah tentunya akan hilang akal.

Maka mungkin berlaku perkara-perkara yang bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri tetapi juga akan membahayakan orang lain hingga ke tahap mencederakan ataupun membunuh.

Oleh yang demikian sewajarnya penjualan arak di kawasan majoriti penduduk umat Islam perlu dielakkan.

Mohon juga supaya larangan penjualan arak dalam pesawat MAS dan segala minuman keras yang dijual di pasar raya juga hendaklah diasingkan kaunter bayarannya di mana hanya yang bukan Islam sahaja yang akan menjaga kaunter berkenaan.

Begitu juga yang bekerja sebagai pelayan di bar hotel bertaraf lima bintang juga diharap tidak menempatkan pelayan yang beragama Islam di sana.

SYED ABDULLAH

Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini