WASHINGTON 30 Mac – Laporan peguam khas, Rober Mueller berhubung siasatan campur tangan Rusia ketika pilihan raya Presiden 2016 boleh diakses oleh orang awam menjelang pertengahan bulan hadapan. Peguam Awam, William Barr berkata, beliau sedang meringkaskan dokumen yang mempunyai 400 muka surat itu. Lapor BBC, kenyataan itu dikeluarkan seminggu selepas beliau menerbitkan nota sebanyak empat halaman yang merumuskan kesimpulan laporan tersebut – sekali gus mencetuskan tuntutan agar laporan terbabit dikeluarkan kepada umum. Isnin lalu, enam anggota suruhanjaya Kongres Demokrat menghantar surat kepada Barr menuntut penerbitan laporan penuh dan tidak diringkaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya