ADDIS ABABA 10 Mac – Sebuah pesawat Ethiopian Airlines yang dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya terhempas kira-kira enam minit selepas berlepas, pagi ini. Pesawat Boeing 737 MAX 8 itu dipercayai membawa 149 penumpang dan lapan krew kabin. Laporan terkini menyebut, kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh. Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan memberitahu, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 8.44 pagi waktu tempatan selepas berlepas dari ibu negara Ethiopia. Menurut kenyataan itu, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan di lokasi nahas di bandar Bishoftu, sebaik sahaja mendapat laporan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya