Kumpulan lelaki Amish usung bangsal ke lokasi baharu - Utusan Malaysia

Kumpulan lelaki Amish usung bangsal ke lokasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DANVILLE, Ohio – Sekumpulan 250 orang lelaki Amish dirakam beramai-ramai mengangkat dan mengalihkan sebuah bangsal besar ke satu lokasi berdekatan di sini pada 9 Mac lalu.

Rakaman berdurasi 2 minit 40 saat itu dirakam di Ladang Joseph Hochstetler di utara daerah Knox di sini memaparkan kumpulan lelaki tersebut sepakat menjalankan kerja-kerja pemindahan kira-kira pukul 9 pagi.

Selepas mengusung bangsal tersebut sejauh 45 meter, mereka memusingkannya pada sudut 90 darjah sebelum meletakkan struktur tersebut di lokasi baharunya. Kerja memindahkan bangsal tersebut siap dalam masa hanya 5 minit dengan bantuan anggota komuniti Amish itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekumpulan wanita memakai skirt berwarna-warni dan berbaju hitam turut kelihatan dalam rakaman tersebut menyaksikan kerja tersebut dari jauh.

Komuniti Amish menolak penggunaan teknologi moden dalam kehidupan mereka malah masih menggunakan lilin dan kereta kuda. Ramai golongan ini menetap di Pennsylvania dan Nebraska mempunyai hubungan rapat bagi memastikan kerja berat dapat diselesaikan bersama-sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini